14 Ogos 2009

SMKSO: 50 TAHUN MENABUR BAKTI

PADA tahun 2006, SMKSO bersiap untuk menyambut ulang tahun ke-50. Persiapan ini dibuat kerana berdasarkan catatan awal yang cenderung mengaitkan penubuhan sekolah ini serentak dengan penubuhan Dungun English School (DES) peringkat rendah pada tahun 1955.


Jawatankuasa Sambutan telah dibentuk di SMKSO. Perbincangan awal dengan pengetua sekolah-sekolah di Dungun dan beberapa pihak lain telah dibuat. Namun, Encik Ab Malik bin Musa Dali, pengetua ketika itu, menyedari hal itu dan telah membuat siasatan yang lebih rapi, mendapati bahawa penubuhan sebenar SMKSO bermula daripada kewujudan DES peringkat menengah pada tahun 1959. Oleh itu, sambutan 50 tahun sepatutnya dilakukan pada tahun 2009, iaitu tiga tahun kemudian.

Jawatankuasa Sambutan itu diaktifkan semula pada tahun 2008, dan keputusan dibuat ulang tahun itu disambut pada 24 hingga 28 Februari 2009. Acara perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu pada 26 Februari 2008, hari Khamis.


















.

Atur cara sambutan:
.


24 Februari 2009 (Selasa)

  • 10.00 pagi

- Gerai jualan
- Pertandingan Gerai Jualan
- Acara Kebudayaan

  • 2.30 petang

- Nyanyian Lagu Klasik
- Persembahan Tarian Zapin
- Demonstrasi Batik
- Gubahan Bunga & Sayur-sayuran

.

25 Februari 2009 (Rabu)

  • 8.30 pagi

- Sukaneka Tadika
- Persembahan Bintang Kecil
- Forum
- Pertandingan Pautan Kasih

  • 2.30 petang

- Pertandingan Bercerita
- Persembahan Lagu Puisi
- Persembahan Ketulusan Hati
- Demonstrasi anyaman Kemas

.

26 Februari 2009 (Khamis)
  • 9.00 pagi

- Perasmian Sambutan 50 Tahun

  • 2.30 petang

- Persembahan Kumpulan Alamanda
- Seharum Bau Sesedap Rasa
- Perkhemahan Unit Uniform



.
27 Februari 2009 (Jumaat)
  • 8.30 pagi

- Perkhemahan Unit Uniform
- Persembahan Nasyid
- Pencarian Ular Berbisa

  • 2.30 petang

- Pertandingan Sayangi Daku
- Persembahan Bikez Club

  • 8.30 malam

- Jamuan Kelab Alumni SMKSO
- Tayangan Multimedia – “SMKSO: 50 Tahun Menabur Bakti”
- Jualan Majalah Pelita Edisi Khas 2009

.

28 Februari 2009 (Sabtu)

  • 8.00 pagi

- Larian Amal Jubli Emas
- Penyampaian Hadiah



.

.

Tiada ulasan: