Selamat Datang 2010

Loading...

06 Ogos 2009

PELITA = MAJALAH SEKOLAH

SATU bentuk pendokumentasian sekolah ini ialah penerbitan majalah sekolah. Kemungkinan majalah sekolah itu mula diterbitkan semenjak zaman awal kewujudan Dungun English Secondary School (DESS) lagi, ataupun mungkin juga lebih awal, semenjak Dungun English School (DES) peringkat menengah.

Namun demikian, tiada salinan majalah awal ditemukan. Usaha untuk mendapatkan salinan majalah itu daripada beberapa orang bekas pelajar dan guru yang pernah mengajar di sekolah ini gagal, kerana didapati majalah tersebut telah rosak, hilang, atau tiada dalam simpanan.

Majalah sekolah yang dapat dikesan dinamai PELITA. Penggunaan nama itu mungkin berkaitan dengan imej pelita yang digunakan pada lencana sekolah, yang membawa makna sinaran.

Terbitan paling awal yang dapat dikesan ialah terbitan tahun 1983, tetapi tidak diketahui bilangan edisinya. Ketua editornya ialah Johari Mohamed. Edisi lain ditemukan ialah terbitan tahun 1990, yang dicatatkan sebagai edisi ke-16. Hal ini bermakna bahawa selain terbitan 1983, terdapat 14 edisi lain yang diterbitkan antara 1959 hingga 1982, dan 1984 hingga 1989.

Selepas 1990, ditemukan banyak naskhah terbitan tahun 1992 yang dicatatkan sebagai edisi ke-17. Hal ini dapat menggambarkan bahawa majalah Pelita diterbitkan secara dwitahunan atau dua tahun sekali.

Terbitan berikutnya dilakukan lima tahun kemudian, iaitu pada tahun 1999, merupakan edisi ke-18. Edisi ini diterbitkan sempena dengan persaraan Tuan Haji Abdullah bin Ali, pengetua ke-17. Edisi ke-19 diterbitkan tiga tahun selepas itu, iaitu pada tahun 2002. Selepas itu barulah penerbitannya kekal secara dwitahunan, bermula dengan edisi ke-20 (2004), edisi ke-21 (2006), dan edisi ke-22 (2008).

Kesemua terbitan tersebut memuatkan bahan tentang peristiwa sekolah, guru, laporan unit kokurikulum, karya pelajar, dan gambar tingkatan, selain iklan.

Pada tahun 2009, diterbitkan Pelita Edisi Khas sempena sambutan 50 tahun sekolah. Penerbitan ini berbeza daripada yang lain kerana hanya memuatkan gambar peristiwa sekolah mengikut dekad. Terbitan ini juga dalam warna sepenuhnya, kecuali bagi gambar yang asalnya hitam-putih.


1983
(Gambar kulit tidak ada. Yang diperoleh hanyalah naskhah fotostat daripada seorang bekas guru sekolah ini).
.
Ketua editor: Johari bin Mohamed










.



1990 (Bil. 16)
.
Ketua Editor: Mohd Ropee bin Ismail










.



1992 (Bil. 17)
.
Ketua Editor: Mohd Saifuddin bin Bakar













.



1999 (Bil. 18)
.
Ketua Editor: Amaniah binti Yob











.



2002 (Bil. 19)
.
Ketua Editor: Azizi bin Mohamad













.




2004 (Edisi 20)
.
Ketua Editor: Norhafizah binti Mohammad













.



2006 (Edisi 21)
.
Ketua Editor: Najmi Faiz bin Abd. Latiff












.



2008 (Edisi 22)
.
Ketua Editor: Che Syahidatulaida binti Che Ahmad Taziri












.





2009
(Edisi Khas)







Pelita Edisi Khas memuatkan gambar yang ihsan daripada beberapa orang bekas pelajar dan guru sekolah ini, selain gambar Unit Dokumentasi dan Majalah Sekolah, iaitu:
  • Encik Abd Rahim bin Mohamad
  • Tuan Haji Abdul Manaf bin Abdullah
  • Puan Aishah binti Rashid
  • "Hamba Allah"
  • Tuan Haji Hashim bin Mat Ali
  • Encik Kamarudin bin Mansor
  • Encik Khuzainol bin Che Abdullah
  • Puan Lim Chin Ha
  • Puan Ruhana binti Yusuff
  • Puan Sabariah Nor binti Salleh
  • Tuan Haji Sau Hamid bin SaGarlar
  • Puan Tan Lee Kim
  • Puan Wan Hindun binti Wan Long
  • Ybhg. Prof. Dr. Zanariah binti Abdullah
  • Puan Zunida binti Mohamad

Didapati bahawa kesemua majalah sekolah di atas dicetak oleh Penerbitan Seri Kota, Kuala Lumpur, kecuali edisi ke-22 (2008) diurus cetak oleh Wahidan Enterprise, Kota Bharu, dan edisi khas (2009) diurus cetak oleh Watan Niaga, Dungun.



.

2 ulasan:

danielTGR berkata...

Saya. Mohd Ropee Ismai , bekas Ketua Editor Majalah Pelita tahun 1990. Sekarang sedang mengajar di SMK Cheneh Baru, Kemaman. Saya sebagai bekas pelajar sekolah ini merasa bangga dengan pencapaian SMKSO hingga kini. Moga kecemerlangan akan terus dipahat menjadi kebanggaan kepada semua. Syabas!

msb berkata...

Tahniah dan teruskan usaha kearah kegemilangan.

mohd Saifuddin bin Bakar
Ketua Pelajar dan Ketua Editor
Majalah Pelita SMSO 1992