.
1. SEKOLAH MENENGAH TERULUNG DI DUNGUN
.
SMKSO ialah sekolah menengah pertama di Dungun. Ditubuhkan pada tahun 1959, sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dua puluh orang pengetua telah melaksanakan tugas mengendalikan pengurusan sekolah ini, yang menyambut hari ulang tahun ke-50 pada Februari lalu. (Sejarah sekolah ini boleh anda dapati dalam artikel pertama blog ini, "Perjalanan Sejarah SMKSO").
- Pelajar Tingkatan 1B (1960).
- Gambar ihsan: Tuan Haji Hashim Mat Ali
2. SEKOLAH PELBAGAI KETURUNAN
.
SELAIN Melayu, sekolah ini mempunyai pelajar Cina dan India, serta keturunan Siam. Pelajar ini disalurkan oleh SRJK Kwang Hwa dan SRJK Sin Chon. Oleh itu, sekolah ini menawarkan mata pelajaran Bahasa Cina. Pengetua SMKSO ke-19, Encik Jain bin Awang menganggap bahawa pelajar pelbagai keturunan sangat bermakna kerana dapat mewujudkan saingan yang sihat dalam pelajaran.
.
.
3. KELAS PREMIER
.
KELAS premier SMKSO bermula pada tahun 2006, semasa pentadbiran Encik Ab Malik bin Musa Dali sebagai Pengetua. Pemilihan ini dianggap sebagai sirih pulang ke gagang, kerana mengembalikan status sekolah ini yang pada suatu masa dahulu dianggap sebagai sekolah premier di Dungun. Seramai 51 orang pelajar tingkatan satu menjadi perintis pada tahun tersebut. Mereka yang dipilih terdiri dariada pelajar yang memperoleh 5A dan 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2005, yang gagal mendapat tempat di sekolah asrama penuh. Kesemua pelajar ini ditempatkan di dalam dua buah kelas. Sekarang mereka berada di tingkatan 4.
.
.
4. MATA PELAJARAN BAHASA PERANCIS
.
MATA pelajaran Bahasa Perancis bermula pada tahun 2006. Mata pelajaran ini diajarkan kepada pelajar Kelas Premier. Guru yang terlibat ialah Puan Wan Jurwiah binti Wan Ahmad.
5. KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
.
KELAS ini bermula pada tahun 2002, semasa pentadbiran Encik Jain bin Awang. Ketika itu pelajarnya berjumlah tujuh orang, dibimbing oleh Puan Tuan Azlah binti Tuan Azam, Cik Norul Hidayah binti Wahab, dan Cik Nor Suriani binti Abdullah. Pada tahun 2006, jumlahnya bertambah kepada 17 orang, dan pada tahun 2009 ini, jumlahnya menjadi 19 orang.
- Pelajar PKBP menerima hadiah kemenangan Kejohanan Olahraga PKBP Negeri Terengganu 2009
6. TREK OLAHRAGA
.
PADANG SMKSO digunakan untuk kejohanan olahraga peringkat daerah Dungun hampir pada setiap tahun. Pada tahun ini, mulai bulan Julai lalu, sebuah trek tartan yang bernilai RM2.5 juta telah dibina di atas padang tersebut. Pembinaan ini akan memberikan faedah kepada sekolah ini, sekolah sekitar Dungun, dan orang awam di sekitarnya.
.
- Pembinaan trek tartan di padang SMKSO
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan