07 Ogos 2009

HALA TUJU SEKOLAH


LAMBANG/LENCANA SEKOLAH


1. Warna:


  • Biru: Perpaduan dan semangat kerjasama antara pelajar yang berbilang keturunan.

  • Putih: Kesucian, keharmonian dan kemuliaan yang diperoleh daripada ilmu dan perpaduan.


2. Buku: Mementingkan aktiviti keilmuan yang memberikan faedah, juga sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan menyebarkan ilmu.



3. Pelita:
  • Keadaan hidup yang harmoni dan cemerlang hasil daripada pengamalan ilmu yang diperoleh
  • Kegigihan dan ketulusan guru mendidik pelajarnya
  • Bakti yang ditabur oleh pelajarnya
  • Pemangkin kejayaan sekolah dan masyarakat Malaysia

.

FALSAFAH


Bahawasanya pelajar-pelajar merupakan insan yang mempunyai keupayaan untuk berkembang selaras dengan kehendak agama, bangsa dan negara. Pendidik pula diamanahkan untuk membimbing dan memajukan pelajar bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

.


VISI


Mewujudkan sebuah sekolah cemerlang dalam pengurusan, sahsiah, kurikulum dan kokurikulum.

.


MISI

  • 100% lulus dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, 100% mendapat Sijil Pelajaran Malaysia, dan 100% lulus dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah.
  • Johan dalam semua acara sukan dan permainan di peringkat daerah.
  • Membentuk pasukan beruniform bertaraf kebangsaan.
  • Melahirkan pelajar beriman, berakhlak mulia, berdaya saing, dan cinta akan negara.
  • Membentuk iklim sekolah yang kondusif, sihat dan selamat.

    .

LAGU SEKOLAH

























* Lagu ini diusahakan mulai tahun 2003, dan mula dinyanyikan pada bulan Januari 2004. Gubahan muzik dibuat oleh Encik Muhammad bin Tahir, berdasarkan lirik yang ditulis oleh Suhaimi Mohd Salleh.



.

Tiada ulasan: