10 Ogos 2009

PERSARAAN DI SMKSO

MULAI menjelang alaf baharu sehingga Jun 2009, lima orang guru menamatkan perkhidmatan masing-masing di sekolah ini. Mereka yang berkenaan ialah tiga orang pengetua, dan dua orang guru Pendidikan Islam.


A. PENGETUA YANG BERSARA
.


1.
TUAN HAJI ABDULLAH BIN ALI
.
HAJI ABDULLAH mula berkhidmat sebagai guru pada 23 Mac 1975. Beliau menjadi Pengetua di sekolah ini mulai 1 Mac 1996.Sebelum menjadi Pengetua, beliau pernah berkhidmat di sekolah ini sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pada 16 April 1985 hingga 31 Disember 1988. Beliau yang merupakan lulusan Universiti Malaya dalam bidang Sejarah, bersara wajib pada 30 Oktober 1999.
.
Kronologi karier keguruan beliau:
  • Guru Penolong di SM Tengku Intan Zaharah, Dungun (23 Mac 1975 - 30 November 1982)
  • Guru Besar di SM Ketengah Jaya, Dungun (1 Disember 1982 - 15 April 1985)
  • Penolong Kanan Pentadbiran di SM Paka, Dungun (16 April 1985 - 15 April 1988)
  • Penolong Kanan HEM di SM Sultan Omar, Dungun (16 April 1988 - 31 Disember 1988)
  • Pengetua SM Cheneh Baru, Kemaman (1 Januari 1989 - 15 April 1990)
  • Pengetua SMK Paka, Dungun (16 April 1990 - 30 November 1995)
  • Pengetua SMK Sura, Dungun (1 Disember 1995 - 29 Februari 1996)
  • Pengetua SMK Sultan Omar, Dungun (1 Mac 1996 - 30 Oktober 1999)

  • Majlis Persaraan Tuan Haji Abdullah bin Ali


2.
ENCIK JAIN BIN AWANG; AMN, PJK

ENCIK Jain menceburi profesion keguruan pada 2 Januari 1973. Perkhidmatannya sebagai Pengetua bermula di SMKSO, mulai 1 Jun 2001. Lulusan Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu dan Sejarah ini bersara wajib pada 3 September 2004 dalam gred DG48.
.
Kronologi karier keguruan beliau:


  • Guru Penolong di SJK Kuala Kaung, Lanchang, Pahang (2 Januari 1973 - 30 Mac 1977)
  • Guru Penolong di SK Peroh, Hulu Terengganu (1 April 1977 - 28 Mei 1977)
  • Guru Kaunseling di SMK Landas, Hulu Terengganu (18 Februari 1980 - 31 Disember 1984)
  • Guru Kaunseling di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu (1 Januari 1985 - 30 Oktober 1993)
  • Ketua Bidang Kemanusiaan di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu (1 November 1993 - 30 Januari 1995)
  • Penolong Kanan di SMK Manir, Kuala Terengganu (1 Februari 1995 - 28 Februari 1996)
  • Penolong Kanan HEM di SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu (1 Mac 1996 - 1 Januari 1999)
  • Penolong Kanan di SM Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu (2 Januari 1999 - 30 Mei 2000)
  • Penolong Kanan di SMK Sultan Mansur, Kuala Terengganu (1 Jun 2000 - 30 Mei 2001)
  • Pengetua di SMK Sultan Omar, Dungun (1 Jun 2001 - 3 September 2004).

  • Keraian persaraan Encik Jain bin Awang
3.
ENCIK AB MALIK BIN MUSA DALI

ENCIK Ab Malik, anak jati Dungun, memulakan perkhidmatannya sebagai guru pada tahun 1977. Beliau berkhidmat sebagai Pengetua di SMKSO mulai 16 Oktober 2004. Beliau berkelulusan bidang Geografi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menamatkan perkhidmatannya dalam usia 56 tahun pada 15 Jun 2009 dalam gred DG52.
.
Kronologi karier keguruan beliau:
  • Guru Penolong di SM Tengku Intan Zaharah, Dungun (1977 – 1982)
  • Penolong Kanan HEM di Sekolah Menengah Sains Dungun, Dungun(1983 – 1988)
  • Penolong Kanan Pentadbiran di SM Pulau Serai, Dungun (1988 – 1991)
  • Penolong Kanan Pentadbiran di SM Padang Pulut, Dungun (1991 – 1992)
  • Penyelia Petang di SMK Ketengah Jaya, Dungun (1992 – 1996)
  • Pengetua di SMK Sura, Dungun (1 April 1996 – 31 Disember 1999)
  • Pengetua di SMK Pulau Serai, Dungun (1 Januari 2000 – 15 Oktober 2004)
  • Pengetua di SMK Sultan Omar (16 Oktober 2004 – 15 Jun 2009)


  • Encik Ab Malik dalam majlis keraiannya (kiri dan tengah) dan menanam pokok Dungun sebagai kenangan (kanan sekali).



B.

GURU YANG BERSARA


1.
TUAN HAJI WAN AHMAD BIN WAN SULAIMAN

HAJI Wan Ahmad, atau Ustaz Wan Ahmad, mula menceburi bidang keguruan pada tahun 1977. Beliau bertugas di sekolah ini pada awal 2002, selepas melepaskan jawatannya sebagai pensyarah maktab perguruan di Perak. Lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia ini, yang menamatkan perkhidmatannya dalam gred DG48 pada 21 November 2007, pernah ditugaskan sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam.
.
Kronologi perkhidmatan beliau dalam profesion pendidikan:
  • Guru Penolong di SM Bagan Serai, Perak (1977 - 1982)
  • Guru Penolong di SM Tok Muda Abd Aziz, Sungai Siput, Perak (1983 - 1987)
  • Pensyarah di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak (1988 - 1998)
  • Pensyarah di Maktab Perguruan Ipoh, Hulu Kinta, Perak (1999 - 2001)
  • Guru Penolong di SMK Sultan Omar, Dungun (1 Januari 2002 - 21 November 2007)



  • Ustaz Wan Ahmad bersama isteri menghadiri majlis sempena persaraannya.
2.
PUAN HAJAH FAUDZIAH BINTI ABD LATIFF

HAJAH Faudziah, atau Ustazah Faudziah, berasal dari Sabak Bernam, Selangor, memulakan perkhidmatan dalam bidang pendidikan pada tahun 1978. Beliau mula bertugas di SMKSO pada pertengahan Januari 2001, sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan. Beliau bersara pilihan pada 31 Disember 2007 dalam gred DG48.
.
Kronologi perkhidmatan beliau dalam bidang keguruan:


  • Guru Penolong di Sekolah Tinggi Kluang, Johor (1978 - 1981)
  • Guru Penolong di SM Seri Desa, Tanjung Karang, Selangor (1982 - 1984)
  • Guru Penolong di SM Methodist ACS, Kelang, Selangor (1985 - 1988)
  • Guru Penolong di SM St. Thomas, Kuantan, Pahang (1989 - 1990)
  • Guru Penolong di SM (Perempuan) Bukit Kuda, Kelang, Selangor (1991 - 1993)
  • Guru Penolong di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun (1994 - 2001)
  • Guru Kanan Kemanusiaan di SMK Sultan Omar, Dungun (16 Januari 2001 - 31 Disember 2007)




  • Puan Hajah Faudziah dalam majlis keraian yang diadakan untuknya.

.

Tiada ulasan: