03 Disember 2009

BANJIR, OH BANJIR!

.
MUSIM tengkujuh tahun kesembilan pada alaf baharu mencatat sejarah yang dapat memberi kenangan tertentu kepada warga SMKSO apabila banjir kilat terjadi dua kali dalam masa dua minggu.
.
.
Banjir I (24.11.2009)
.
Banjir yang pertama ini menenggelamkan seluruh kawasan hadapan pintu masuk utama sekolah, tapak letak kereta di hadapan Surau Al-Ikhlas, dan tapak perhimpunan mingguan yang terletak di antara Blok Tingkatan 3 dan Blok Tingkatan 6. Air turut bergenang di sekitar blok Program Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PKIBP) dan di hadapa Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah. Air di tapak perhimpunan mingguan menenggelami lantai tingkat bawah bangunan Tingkatan 3 dan Tingkatan 6 lebih daripada 30 sentimeter. Sekitar Dewan Warisan dan Blok Kemahiran Hidup juga digenangi air.
.
Limpahan air ini terjadi berikutan hujan lebat sepanjang hari mulai 22.11.2009 (Jumaat) hingga 23.11.2009 (Isnin).
.
Akibat takungan air ini, warga sekolah, khususnya kakitangan sokongan dan kakitangan swasta yang bertugas, calon SPM dan STPM dan guru pengawas kedua-dua peperiksaan itu, serta orang awam yang ingin berurusan di sekolah ini terpaksa menggunakan pintu belakang. Pusat peperiksaan STPM bagi mata pelajaran Sejarah 1 yang terletak di tingkat 2 Blok Tingkatan 6 terpaksa dipindahkan ke bilik darjah di Blok PSS/Koperasi. Calon SPM bagi pusat yang terletak di Blok Tingkatan 3 meneruskan peperiksaan Pendidikan Islam 2 di tingkat 1 blok itu tetapi terpaksa menggunakan titi yang dibuat daripada susunan kerusi kayu untuk membolehkan mereka naik dan turun di bangunan itu.
.
Keadaan telah pulih seperti biasa menjelang hari Khamis (26.11.2009).
.
.
.
Banjir II (1.12.2009)
.
Hujan yang seperti berehat sepanjang hari 26.11.2009 hingga 29.11.2009 (Sabtu), turun dengan lebih lebat mulai malam 30.11.2009 (Isnin). Dengan itu, mulai 1.12.2009 (Selasa), banjir bermula kembali. Hujan yang terus turun sepanjang waktu menyebabkan air semakin memenuhi halaman SMKSO, dan pada pagi 2.12.2009 (Rabu), genangan air lebih meluas daripada banjir yang pertama.
.
Pada kali ini, air di hadapan pintu masuk utama sekolah lebih dalam dan menenggelami Jalan Pejabat hingga kawasan pagar Pejabat Jurutera JKR. Air hampir memasuki kelas PKIBP, Blok KBSR, blok Makmal Sains Tulen, Blok Kemahiran Hidup, Stor Sukan, dan kantin sekolah, serta menggenangi sekitar Surau Al-Ikhlas. Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran dan Bilik Mesyuarat digenangi air pada paras melebihi buku lali pada sebelah pagi hari Rabu. Dewan Warisan juga dimasuki air menyebabkan calon SPM yang menggunakan dewan itu dipindahkan ke bilik darjah di Blok PSS/Koperasi. Pada 2.12.2009 itu, calon STPM yang mengambil kertas Ekonomi 2 terpaksa mengharung air pada paras betis untuk menduduki peperiksaan di tingkat 2 Blok Tingkatan 6.
.
Pada petang 2.12.2009, hujan sudah tidak turun. Namun, pada 3.12.2009 (Khamis), air masih belum surut sepenuhnya.
.
.

20 November 2009

PEMAKAIAN TALI LEHER BERKUAT KUASA TAHUN DEPAN

MULAI sesi persekolahan tahun depan, pelajar dan guru lelaki SMKSO dikehendaki memakai tali leher.
.
Pengetua SMKSO, Encik Abdul Rahman Husin mengumumkan hal itu dalam mesyuarat terakhir sesi 2009 pada 8 November lalu.
.
Menurut Pengetua, pemakaian tali leher telah diamalkan oleh banyak sekolah supaya penampilan pelajar lebih kemas.
.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Su Wan Jaafar telah mengumumkan hal ini kepada pelajar dalam Perhimpunan Mingguan terakhir sesi 2009 pada 15 November lalu.
.

07 Oktober 2009

BAWALAH BUKU CATATAN


SEMASA Perhimpunan Mingguan, Ahad, 27 September 2009 lalu, Pengetua Kanan, Encik Abdul Rahman bin Husin menyarankan agar pelajar mempunyai buku catatan dan membawa buku itu ketika menghadiri perhimpunan. Menurutnya, buku catatan sangat penting dibawa ke majlis perhimpunan kerana banyak maklumat dan pandangan dikemukakan oleh guru ketika itu. Hal ini demikian, menurut beliau, tanpa mencatat maklumat tersebut, kita mungkin terlupa dan tidak dapat dijadikan rujukan.

.
Saranan tersebut wajar diberikan perhatian. Buku catatan harus menjadi rakan akrab kita ke mana-mana sahaja kita pergi. Dengan adanya buku tersebut, kita tidak terkial-kial mencari cebisan kertas untuk mencatat sesuatu yang mustahak yang tiba-tiba kita dapati, seperti nombor telefon baharu rakan kita, alamat, waktu, dan sebagainya.
.
Budaya mencatat memberi kita banyak faedah. Tanpa catatan, sesuatu maklumat atau peristiwa tidak akan kekal lama dalam perhatian kita, dan tidak diketahui oleh orang terkemudian. Kita dapati, orang Barat dan orang dari negara China pada zaman dahulu, apabila mereka mengembara, mereka tidak lupa untuk mencatat hal yang mereka lihat dan alami. Catatan mereka kemudiannya menjadi bahan rujukan atau jurnal yang sangat berguna pada kemudian hari. Hal mengenai Asia Tenggara, termasuk hal negara kita sendiri, umpamanya, diketahui melalui beberapa buah jurnal atau buku catatan daripada orang-orang berkenaan. I-Tsing, umpamanya, mencatat hal bahasa yang digunakan oleh orang-orang di Nusantara pada abad ke-6 Masihi. Catatannya itu kini digunakan untuk mengkaji bahasa dan nama awal negeri dan pulau di Nusantara. Agaknya tentulah kita tidak mengetahui sejarah nenek moyang kita sekiranya tiada catatan yang ditinggalkan oleh golongan pengembara tersebut.
.
Pelajar yang baik dalam karangan lazimnya terdiri daripada pelajar yang suka menulis catatan. Dengan menulis catatan harian atau diari, misalnya, membolehkan pelajar menguasai cara memperluas ayat dan maklumat. Penulis kreatif yang terkenal pada hari ini juga kebanyakannya orang yang suka menulis catatan harian, malahan catatan itu menjadi bahan rujukan yang amat berguna bagi mereka untuk menggarap karya.

.

05 September 2009

SMKSO DALAM AKHBAR

BEBERAPA berita tentang kejayaan dan aktiviti pelajar SMKSO telah disiarkan dalam akhbar tempatan. Berita yang dapat dikumpulkan, antaranya ialah:

.




2002 -
Siti Zubaidah Ali (kelima dari kanan), ahli Kadet Polis Wanita, dianugerahi sijil penghargaan dalam Majlis Peringatan Hari Polis ke-195. Siti Zubaidah merangkul Anugerah Juara Penuh Disiplin Peringkat Negeri Terengganu Kategori Kadet. Pada bulan Januari 2002, Siti Zubaidah muncul sebagai johan dalam Temu Duga Kadet Cemerlang.
.
Sijil penghargaan disampaikan oleh Senior Asistan Komisioner Othman Talib, Ketua Polis Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
.
- Berita Harian, 26 Mac 2002.






&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&




2004 -
SMKSO diisytiharkan sebagai sebuah daripada Sekolah Cemerlang Negeri Terengganu hasil daripada kejayaan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2003.
.
Penyampaian sijil dilakukan oleh Datuk Abdul Aziz Shamsuddin, Timbalan Menteri Pendidikan di Kuala Terengganu.
.

- Utusan Malaysia, 9 Mac 2004.






.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


.
.
.
2004-
Bengkel Akhbar dalam Pembelajaran (ADaP) dijalankan oleh akhbar Utusan Malaysia. Bengkel sehari itu dikendalikan oleh Unit Pendidikan akhbar tersebut. Pelajar dibimbing tentang cara menggunakan bahan yang disiarkan dalam ruangan "Pendidikan" untuk dimanfaatkan sebagai bahan bantu yang sangat berguna.
.

- Utusan Malaysia, 5 Mei 2004









.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&



.
2004-
Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat SMKSO dipilih untuk mewakili Terengganu dalam Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kelantan. Pemilihan ini dibuat dalam perkhemahan peringkat negeri Terengganu yang dilangsungkan di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu, Kuala Berang. Kontinjen SMKSO muncul sebagai johan dalam perkhemahan tersebut.
.
Sijil penyertaan perkhemahan peringkat negeri itu disampaikan oleh Encik Nor Azman Tok Muda Awang, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu.
.
- Utusan Malaysia, 25 Mei 2004





&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


2005-
SMKSO diisytiharkan sebagai Sekolah Premier negeri Terengganu oleh Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Terengganu.
.
Kelas Premier SMKSO bermula pada tahun 2006, dengan kemasukan 51 orang pelajar perintis di tingkatan 1.
.

- Utusan Melayu Mingguan, 11 Disember 2005.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&





2007 -
Majlis Pohon Restu PMR diadakan pada 26 September 2007. Majlis sebegini merupakan aktiviti tahunan sebelum peperiksaan PMR berlansung. Majlis dirasmikan oleh Encik Ab Malik Musa Dali, Pengetua SMKSO, diikuti oleh penyampaian cenderahati yang berupa alat tulis. Pelajar juga akan bersalam dengan guru-guru tingkatan 3 sambil memohon restu dan kemaafan.
.

- Sinar Harian.





&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&




2008 -
Bengkel NIEXUS-NIE dijalankan oleh akhbar New Straits Times dan NIEXUS selama sehari. Pelbagai aktiviti diadakan menggunakan akhbar tersebut.
.

- New Straits Times













&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&






2008-
Pasukan Kadet Polis Wanita muncul johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Dungun yang dijalankan di padang kawad Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.
.
Pasukan yang dilatih oleh jurulatih Kor Kadet Polis, Koperal Mohd Khir Fadhil ini mewakili Dungun dalam pertandingan peringkat negeri di Pusat Kokurikulum, Kuala Berang.
.

- Sinar Harian, 17 April 2008









.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
.
.
*Nota:
Saya percaya banyak berita lain yang baik tentang SMKSO disiarkan dalam akhbar tempatan dalam pelbagai bahasa. Pembaca yang mempunyai salinan itu sila kirim salinannya kepada saya melalui pos, atau melalui e-mel, imi6911683@yahoo.com atau mie62@streamyx.com. Bahan tersebut merupakan dokumentasi yang sangat penting. Terima kasih.


.

04 September 2009

TERAJU BAHARU SUDAH TIBA

LAPOR DIRI
.
SETELAH teraju pengurusan terdahulu menamatkan perkhidmatan pada 15 Jun 2009, warga SMKSO tertunggu-tunggu kedatangan penggantinya. Pelbagai tekaan dibuat. Akhirnya, pada 1 September 2009 (Selasa) lalu, orang yang dinanti-nantikan itu pun muncul. Beliau ialah Encik Abdul Rahman bin Husin. Pengetua Kanan ini bertukar dari SMK Balai Besar, Dungun. Beliau dihantar oleh Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Encik Zakariah bin Ali, dan disambut oleh warga pengurusan dan kakitangan sokongan.
.

Beliau memasuki pejabatnya dengan memotong reben pada pintu, dan mengadakan perbincangan ringkas dengan kakitangan pengurusan. Selepas itu beliau dibawa melawat sekitar sekolah oleh Encik Wan Su bin Wan Jaafar.















&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
.
SAMBUTAN RASMI

Pengetua ke-21 ini disambut secara rasmi pada 9 September 2009 (Rabu). Beliau dihantar oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Kanan Mata Pelajaran SMK Balai Besar, dan disambut di pintu pagar hadapan SMKSO oleh warga SMKSO yang terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Radziah Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Su Wan Jaafar, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Awang Abdullah, guru, kakitangan sokongan, pengawas dan pelajar tingkatan 6 dengan iringan paluan kompang. Beliau diiring ke Dataran Perhimpunan untuk diperkenalkan kepada pelajar dan guru. Turut sama hadir ialah Encik Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua PIBG SMKSO.


















.

30 Ogos 2009

ALUMNI BERKUMPUL

SEMENJAK tahun 1959 dengan hanya 35 orang pelajar hingga usianya genap 50 tahun pada tahun 2009, jumlah lepasan SMKSO sudah mencapai angka ribu. Bekas pelajar sekolah ini bertebaran di seluruh Malaysia, dan luar negara, dengan profesion dan kejayaan masing-masing.

Tempat jatuh lagi dikenang, inilah pula tempat menimba ilmu dan membentuk diri. Sebahagian bekas pelajar yang sebelum ini dikhabarkan pernah mengadakan perjumpaan di luar Terengganu, sempena usianya 50 tahun, telah mengusahakan pertemuan di sekolah ini sendiri.
.

Perjumpaan pertama diadakan pada 6 Jun 2009 melibatkan penyertaan hampir 200 orang bekas pelajar dari pelbagai tahun persekolahan. Yang sangat mengujakan hadirin dalam majlis itu ialah kedatangan pengetua ke-2, Encik M.F. Kularatnam, yang berkhidmat di DESS pada tahun 1960 hingga 1962.

.







.
Perjumpaan kedua menyusul tidak lama selepas itu. Pada 26 Jun 2009, diadakan perjumpaan bekas pelajar tingkatan 5 1977. Perjumpaan ini dihadiri oleh 50 orang bekas pelajar bagi sesi berkenaan.
.
.
Semasa kedua-dua majlis dijalankan, pengurusan SMKSO turut menyertainya dan menjual hampir 100 naskhah majalah Pelita Edisi Khas 50 Tahun kepada bekas pelajar dan bekas guru yang hadir.
.
.

22 Ogos 2009

LEPASAN STPM KE IPTA

HASIL peperiksaan STPM 2007, 21 orang calon telah melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam bagi sesi 2008.





01.
CHE WAN NOR SHUHADA BINTI CHE WAN DAUD
PENDIDIKAN (SEJARAH)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
(*Pelajar Terbaik STPM 2007)


02.
NOR HASMANI BINTI HASSAN
PENDIDIKAN (SEJARAH)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

03.
SURIATI BINTI MOHAMAD
PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


04.
NOR RAIHAN BINTI ABU BAKAR
PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


05.
ZUNNURAINI BINTI MUHAMAD
PENDIDIKAN (KEUSAHAWANAN & PERDAGANGAN)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


06.
MUHAMMAD HISHAM BIN MOHD
TEKNOLOGI MAKLUMAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


07.
NOOR FARADILAH BINTI SAUDI
PENGURUSAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

08.
TUAN SITI AISHAHTON BINTI TUAN MOHAMAD
PENGURUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


09.
CHE WAN HAMIZAH BINTI CHE WAN MOHAMAD ZAIN
SASTERA
UNIVERSITI MALAYA


10.
JAMALIAH BINTI RAZALI
SASTERA
UNIVERSITI MALAYA


11.
NAZIRA BINTI NAWANG
PENTADBIRAN PERNIAGAAN (EKONOMI PERNIAGAAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


12.
NORULAKHMA BINTI ALIAS
PENGURUSAN HARTA TANAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN


13.
ABU ZARIM BIN HAMZAH
SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


14.
SITI HAFIZA BINTI MAT YAHYA
SAINS (PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


15.
AHMAD ASYROF BIN MUHAMMAD
SAINS KEMASYARAKATAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


16.
MALIATI BINTI MOHAMAD
SASTERA
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


17.
ARFA ATHIRAH BINTI NU’AMAN
PENDIDIKAN KHAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


18.
NURUL ADZIE BINTI ABDULLAH
BACELOR PENDIDIKAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


19.
MOHD ARIFF BIN ZOLKEPLEE
SAINS SOSIAL (ANTROPOLOGI & DAKWAH)
UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA


20.
NUR RUHIZAN BINTI OSMAN
SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


21.
NURUL BAIZURA BINTI MOHD JAAFAR
KOMUNIKASI
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH



Tahniah kepada anda!







&&&&&&&&&

.






PADA sesi 2008 pula, SMKSO mengemukakan 65 orang calon STPM. Enam belas orang daripadanya telah melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam bagi sidang 2009.
.


  • Kegembiraan calon STPM 2008 semasa mengambil keputusan masing-masing pada 10 Mac 2009



Tahniah!

.