31 Julai 2009

PENOLONG KANAN

RUANG ini menyenaraikan guru yang pernah memegang jawatan Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan Penolong Kanan Kokurikulum, serta Penyelia Petang di SMKSO.



A. PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

(PK Pentadbiran sebelum ini sedang dikesan untuk didokumentasikan)




PUAN HAJAH MIDAH BINTI MAMAT ( - ) : Meninggalkan SMKSO ke SMK Sura, Dungun sebagai Pengetua.
.




PUAN HAJAH FATIMAH BINTI MAT JUSOH (16-6-1989 - 2004): Dinaikkan pangkat daripada Penyelia Petang SMKSO. Meninggalkan SMKSO ke SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun dalam jawatan yang sama.






TUAN HAJI MOHD SIDEK BIN EMBONG ( - Julai 2009) : Bertukar dari SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun dalam jawatan yang sama. Meninggalkan SMKSO ke SMK Seri Rasau, Dungun sebagai Pengetua.






PUAN HAJAH RADZIAH BINTI ISMAIL (Mulai Julai 2009) : Bertukar dari SMK Seri Dungun, Dungun dalam jawatan yang sama.










B. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

(PK HEM sebelum ini sedang dikesan untuk didokumentasikan)








ENCIK AWANG BIN JUNOH ( - 2002) : Meninggalkan SMKSO ke SM Teknik Dungun, Dungun sebagai Penolong Kanan Pentadbiran.

'
.
TUAN HAJI ISMAIL BIN SULONG ( - ): Meninggalkan SMKSO ke SMK Balai Besar, Dungun sebagai Pengetua.





ENCIK KAMARI ( - ): Meninggalkan SMKSO ke SMK Pulau Serai, Dungun dalam jawatan yang sama.



ENCIK KAMARUDDIN BIN SAMAN ( - 2006) : Bertukar dari SMK Seri Dungun, Dungun. Meninggalkan SMKSO ke SMK Paka, Dungun sebagai Penolong Kanan Pentadbiran.





ENCIK WAN SU BIN WAN JAAFAR (Mulai 1-1-2007) : Bertukar dari SMK Seri Rasau, Dungun.





C. PENOLONG KANAN KOKURIKULUM




TUAN HAJI MOHD AMIN BIN HARUN (1-3-1998 - 2007 ): Dinaikkan pangkat daripada Ketua Bidang Bahasa SMKSO. Meninggalkan SMKSO ke SMK Jerangau, Dungun sebagai Penolong Kanan Pentadbiran.







PUAN HAJAH HASNAH BINTI TAHIR (2007 - Julai 2009): Guru SMKSO. Meninggalkan SMKSO ke SMK Pulau Serai, Dungun dalam jawatan yang sama.






ENCIK AWANG BIN ABDULLAH, PJK (Mulai Julai 2009): Bertukar dari SMK Pulau Serai, Dungun dalam jawatan yang sama.






D. PENYELIA PETANG





PUAN HAJAH FATIMAH BINTI MAT JUSOH








TUAN HAJI WAN OSMAN BIN WAN IBRAHIM




.

GURU BESAR & PENGETUA (1959-2009)


SEHINGGA kini, sejumlah 20 orang Guru Besar dan Pengetua telah mentadbir SMK Sultan Omar semenjak kewujudannya pada tahun 1959.


1.
ENCIK ABDUL MANAP BIN SAID (1959-1960): Beliau dari Sekolah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, menggantikan Encik Abu Samah bin Mohd Yatim, guru besar pertama DES yang bertukar ke Kelang, Selangor.



2.
ENCIK M.F. KULARATNAM (1960-1962): Beliau mentadbir sehingga akhir tahun 1962.



3.
ENCIK LIM TEH ENG (1963-1966): Beliau lulusan Universiti Malaya Singapura dan mula bertugas di sekolah ini pada Januari 1963. Ketika pentadbiran beliau, peringkat menengah DES memperoleh pentadbiran sendiri yang berasingan daripada DES rendah. Peringkat menengah ini dinamakan DESS. DES (rendah) pula ditadbir oleh Encik Khok Thian Soo dari Sekolah Sultan Ismail, Kemaman.


4.
ENCIK DOUGLAS MENASSEH (1966-1967): Beliau juga lulusan dari Universiti Malaya.




5.
ENCIK JAMALUDDIN BIN ALI (1967-1968). Beliau lulusan Universiti Singapura. Pada tahun 1968, beliau ditukarkan ke Sekolah Menengah Tengku Bariah.



6.
ENCIK GILBERT KHOO (1968-1970): Beliau dari Sekolah Menengah Tengku Bariah.






7.
ENCIK MAHAN SINGH (1970-1972):







8.
ENCIK T.N. VARUGHESE (PJK) (1972-1979):





9.
ENCIK HUSSEIN BIN SALLEH (1.8.1980-1.8.1982):






10.
TUAN HAJI ISMAIL BIN MOHD (1.4.1983-1.2.1985):






11.
ENCIK ONG TEOW LENG (1.9.1986-31.1.1988):






12.
TUAN HAJI SAID BIN NIK (1.2.1988-16.7.1988):







13.
TUAN HAJI CHE DAUD @ ZAKARIA BIN YACOB (1.8.1988-1.4.1991):





      14.
      TUAN HAJI NOOR BIN BAKAR (16.7.1991-15.8.1992):






      15.
      PUAN HAJAH AINUN JAMILAH BINTI MOHD ALI (16.8.1992-16.10.1992): Pengetua wanita yang pertama di sekolah ini, dan yang paling pendek perkhidmatannya.








      16.
      TUAN HAJI ZAID BIN CHIK (21.10.1992-16.11.1995):






      17.
      TUAN HAJI ABDULLAH BIN ALI (3.3.1996-30.10.1999): Beliau bersara wajib di sekolah ini. Sudah kembali ke Rahmatullah.





      18.

      Y.M. TENGKU ANUAR BIN TENGKU DALAM (1.1.2000-31.5.2001): Beliau memperkenalkan slogan "SMKSO Cemerlang Pada Alaf Baru" (2000). Beliau meninggalkan sekolah ini setelah dilantik menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Dungun/Marang. Sekarang berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.



      19.
      ENCIK JAIN BIN AWANG (PJK, AMN) (1.6.2001-3.9.2004): Sebelum menjadi Pengetua di sekolah ini, beliau ialah Penolong Kanan di SMK Sultan Mansur. Beliau yang bersara wajib di sekolah ini kemudiannya berkhidmat dengan Yayasan Terengganu.



      20.
      ENCIK AB MALIK BIN MUSA DALI (16.10.2004-15.06.2009): Sebelum ini beliau ialah Pengetua SMK Pulau Serai. Beliau tidak menyambung perkhidmatannya apabila mencecah usia 56 tahun, dan bersara di sekolah ini.





      .

      30 Julai 2009

      PERJALANAN SEJARAH SMKSO


      SEKOLAH Menengah Kebangsaan Sultan Omar (SMKSO) asalnya sekolah peringkat menengah bagi Dungun English School (DES). DES rendah ditubuhkan pada tahun 1955. Peringkat menengah ini bermula dengan tingkatan satu pada tahun 1959 apabila menerima 35 orang daripada 38 orang calon DES yang lulus dalam Malayan Secondary School Entrance Examination (1958). Pada waktu itu peringkat rendah dan menengah terletak di bawah satu pentadbiran.

      • Pintu masuk ke SMKSO


      Kumpulan pelajar perintis peringkat menengah ini mengambil peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1961. Daripada 35 calon yang menduduki peperiksaan itu, sejumlah 19 orang sahaja yang layak melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat pada tahun 1962. Pelajar yang berjaya ini kemudiannya menduduki peperiksaan Over Seas Certificate (OSC) dan Federal Malayan Certificate (FMC) pada tahun 1963.

      Pada bulan Januari 1963 itu, DES menengah memperoleh pentadbiran sendiri. Hal ini terjadi apabila DES menengah dipecahkan daripada DES rendah. DES menengah dinamai Dungun English Secondary School (DESS). Guru Besar pertama yang mentadbir DESS ialah Encik Lim Teh Eng.

      Pembukaan rasmi sekolah ini disempurnakan oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir bin Johari pada 25 Jun 1968.

      DESS ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sultan Omar pada tahun 1975. Pemilihan nama baharu ini dibuat sempena nama Sultan Terengganu yang kesembilan. Pada ketika itu juga pertukaran aliran daripada aliran Inggeris kepada aliran Melayu telah berlaku sepenuhnya. Pada tahun 1989, pengajian tingkatan enam bermula apabila 31 orang pelajar ditempatkan di sebuah kelas Tingkatan 6 Rendah Aliran Sastera.

      • Dua blok asal: Blok Pengurusan & Pentadbiran (atas), dan Blok Makmal Sains (bawah) - masih digunakan hingga sekarang
      Berdasarkan perjalanan sejarah tersebut, SMK Sultan Omar telah mengalami tiga peringkat yang berlainan. Pertama, peringkat menengah di DES yang berlangsung dalam tempoh 1959 hingga 1962. Ketika itu pentadbiran dijalankan bersama-sama dengan peringkat rendah. Kedua, peringkat DESS yang bermula tahun 1963 hingga 1974. Ketika ini pentadbiran dipisahkan daripada peringkat DES rendah. Peringkat ketiga ialah tahap Sekolah Menengah Sultan Omar, dalam tempoh 1975 hingga sekarang.
      .