04 September 2009

TERAJU BAHARU SUDAH TIBA

LAPOR DIRI
.
SETELAH teraju pengurusan terdahulu menamatkan perkhidmatan pada 15 Jun 2009, warga SMKSO tertunggu-tunggu kedatangan penggantinya. Pelbagai tekaan dibuat. Akhirnya, pada 1 September 2009 (Selasa) lalu, orang yang dinanti-nantikan itu pun muncul. Beliau ialah Encik Abdul Rahman bin Husin. Pengetua Kanan ini bertukar dari SMK Balai Besar, Dungun. Beliau dihantar oleh Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Encik Zakariah bin Ali, dan disambut oleh warga pengurusan dan kakitangan sokongan.
.

Beliau memasuki pejabatnya dengan memotong reben pada pintu, dan mengadakan perbincangan ringkas dengan kakitangan pengurusan. Selepas itu beliau dibawa melawat sekitar sekolah oleh Encik Wan Su bin Wan Jaafar.















&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
.
SAMBUTAN RASMI

Pengetua ke-21 ini disambut secara rasmi pada 9 September 2009 (Rabu). Beliau dihantar oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Kanan Mata Pelajaran SMK Balai Besar, dan disambut di pintu pagar hadapan SMKSO oleh warga SMKSO yang terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Radziah Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Su Wan Jaafar, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Awang Abdullah, guru, kakitangan sokongan, pengawas dan pelajar tingkatan 6 dengan iringan paluan kompang. Beliau diiring ke Dataran Perhimpunan untuk diperkenalkan kepada pelajar dan guru. Turut sama hadir ialah Encik Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua PIBG SMKSO.


















.

Tiada ulasan: