05 September 2009

SMKSO DALAM AKHBAR

BEBERAPA berita tentang kejayaan dan aktiviti pelajar SMKSO telah disiarkan dalam akhbar tempatan. Berita yang dapat dikumpulkan, antaranya ialah:

.




2002 -
Siti Zubaidah Ali (kelima dari kanan), ahli Kadet Polis Wanita, dianugerahi sijil penghargaan dalam Majlis Peringatan Hari Polis ke-195. Siti Zubaidah merangkul Anugerah Juara Penuh Disiplin Peringkat Negeri Terengganu Kategori Kadet. Pada bulan Januari 2002, Siti Zubaidah muncul sebagai johan dalam Temu Duga Kadet Cemerlang.
.
Sijil penghargaan disampaikan oleh Senior Asistan Komisioner Othman Talib, Ketua Polis Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
.
- Berita Harian, 26 Mac 2002.






&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&




2004 -
SMKSO diisytiharkan sebagai sebuah daripada Sekolah Cemerlang Negeri Terengganu hasil daripada kejayaan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2003.
.
Penyampaian sijil dilakukan oleh Datuk Abdul Aziz Shamsuddin, Timbalan Menteri Pendidikan di Kuala Terengganu.
.

- Utusan Malaysia, 9 Mac 2004.






.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


.
.
.
2004-
Bengkel Akhbar dalam Pembelajaran (ADaP) dijalankan oleh akhbar Utusan Malaysia. Bengkel sehari itu dikendalikan oleh Unit Pendidikan akhbar tersebut. Pelajar dibimbing tentang cara menggunakan bahan yang disiarkan dalam ruangan "Pendidikan" untuk dimanfaatkan sebagai bahan bantu yang sangat berguna.
.

- Utusan Malaysia, 5 Mei 2004









.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&



.
2004-
Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat SMKSO dipilih untuk mewakili Terengganu dalam Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kelantan. Pemilihan ini dibuat dalam perkhemahan peringkat negeri Terengganu yang dilangsungkan di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu, Kuala Berang. Kontinjen SMKSO muncul sebagai johan dalam perkhemahan tersebut.
.
Sijil penyertaan perkhemahan peringkat negeri itu disampaikan oleh Encik Nor Azman Tok Muda Awang, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu.
.
- Utusan Malaysia, 25 Mei 2004





&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


2005-
SMKSO diisytiharkan sebagai Sekolah Premier negeri Terengganu oleh Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Terengganu.
.
Kelas Premier SMKSO bermula pada tahun 2006, dengan kemasukan 51 orang pelajar perintis di tingkatan 1.
.

- Utusan Melayu Mingguan, 11 Disember 2005.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&





2007 -
Majlis Pohon Restu PMR diadakan pada 26 September 2007. Majlis sebegini merupakan aktiviti tahunan sebelum peperiksaan PMR berlansung. Majlis dirasmikan oleh Encik Ab Malik Musa Dali, Pengetua SMKSO, diikuti oleh penyampaian cenderahati yang berupa alat tulis. Pelajar juga akan bersalam dengan guru-guru tingkatan 3 sambil memohon restu dan kemaafan.
.

- Sinar Harian.





&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&




2008 -
Bengkel NIEXUS-NIE dijalankan oleh akhbar New Straits Times dan NIEXUS selama sehari. Pelbagai aktiviti diadakan menggunakan akhbar tersebut.
.

- New Straits Times













&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&






2008-
Pasukan Kadet Polis Wanita muncul johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Dungun yang dijalankan di padang kawad Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.
.
Pasukan yang dilatih oleh jurulatih Kor Kadet Polis, Koperal Mohd Khir Fadhil ini mewakili Dungun dalam pertandingan peringkat negeri di Pusat Kokurikulum, Kuala Berang.
.

- Sinar Harian, 17 April 2008









.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
.
.
*Nota:
Saya percaya banyak berita lain yang baik tentang SMKSO disiarkan dalam akhbar tempatan dalam pelbagai bahasa. Pembaca yang mempunyai salinan itu sila kirim salinannya kepada saya melalui pos, atau melalui e-mel, imi6911683@yahoo.com atau mie62@streamyx.com. Bahan tersebut merupakan dokumentasi yang sangat penting. Terima kasih.


.

Tiada ulasan: