08 Ogos 2009

ISTIMEWANYA SEKOLAH INI


.
1. SEKOLAH MENENGAH TERULUNG DI DUNGUN
.
SMKSO ialah sekolah menengah pertama di Dungun. Ditubuhkan pada tahun 1959, sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dua puluh orang pengetua telah melaksanakan tugas mengendalikan pengurusan sekolah ini, yang menyambut hari ulang tahun ke-50 pada Februari lalu. (Sejarah sekolah ini boleh anda dapati dalam artikel pertama blog ini, "Perjalanan Sejarah SMKSO").
  • Pelajar Tingkatan 1B (1960).
  • Gambar ihsan: Tuan Haji Hashim Mat Ali
.
2. SEKOLAH PELBAGAI KETURUNAN
.
SELAIN Melayu, sekolah ini mempunyai pelajar Cina dan India, serta keturunan Siam. Pelajar ini disalurkan oleh SRJK Kwang Hwa dan SRJK Sin Chon. Oleh itu, sekolah ini menawarkan mata pelajaran Bahasa Cina. Pengetua SMKSO ke-19, Encik Jain bin Awang menganggap bahawa pelajar pelbagai keturunan sangat bermakna kerana dapat mewujudkan saingan yang sihat dalam pelajaran.


.
.
3. KELAS PREMIER
.
KELAS premier SMKSO bermula pada tahun 2006, semasa pentadbiran Encik Ab Malik bin Musa Dali sebagai Pengetua. Pemilihan ini dianggap sebagai sirih pulang ke gagang, kerana mengembalikan status sekolah ini yang pada suatu masa dahulu dianggap sebagai sekolah premier di Dungun. Seramai 51 orang pelajar tingkatan satu menjadi perintis pada tahun tersebut. Mereka yang dipilih terdiri dariada pelajar yang memperoleh 5A dan 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2005, yang gagal mendapat tempat di sekolah asrama penuh. Kesemua pelajar ini ditempatkan di dalam dua buah kelas. Sekarang mereka berada di tingkatan 4.
.
.
4. MATA PELAJARAN BAHASA PERANCIS
.
MATA pelajaran Bahasa Perancis bermula pada tahun 2006. Mata pelajaran ini diajarkan kepada pelajar Kelas Premier. Guru yang terlibat ialah Puan Wan Jurwiah binti Wan Ahmad.




.

5. KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
.
KELAS ini bermula pada tahun 2002, semasa pentadbiran Encik Jain bin Awang. Ketika itu pelajarnya berjumlah tujuh orang, dibimbing oleh Puan Tuan Azlah binti Tuan Azam, Cik Norul Hidayah binti Wahab, dan Cik Nor Suriani binti Abdullah. Pada tahun 2006, jumlahnya bertambah kepada 17 orang, dan pada tahun 2009 ini, jumlahnya menjadi 19 orang.

  • Pelajar PKBP menerima hadiah kemenangan Kejohanan Olahraga PKBP Negeri Terengganu 2009
.
6. TREK OLAHRAGA
.
PADANG SMKSO digunakan untuk kejohanan olahraga peringkat daerah Dungun hampir pada setiap tahun. Pada tahun ini, mulai bulan Julai lalu, sebuah trek tartan yang bernilai RM2.5 juta telah dibina di atas padang tersebut. Pembinaan ini akan memberikan faedah kepada sekolah ini, sekolah sekitar Dungun, dan orang awam di sekitarnya.


.
  • Pembinaan trek tartan di padang SMKSO


.

07 Ogos 2009

HALA TUJU SEKOLAH


LAMBANG/LENCANA SEKOLAH


1. Warna:


  • Biru: Perpaduan dan semangat kerjasama antara pelajar yang berbilang keturunan.

  • Putih: Kesucian, keharmonian dan kemuliaan yang diperoleh daripada ilmu dan perpaduan.


2. Buku: Mementingkan aktiviti keilmuan yang memberikan faedah, juga sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan menyebarkan ilmu.



3. Pelita:
  • Keadaan hidup yang harmoni dan cemerlang hasil daripada pengamalan ilmu yang diperoleh
  • Kegigihan dan ketulusan guru mendidik pelajarnya
  • Bakti yang ditabur oleh pelajarnya
  • Pemangkin kejayaan sekolah dan masyarakat Malaysia

.

FALSAFAH


Bahawasanya pelajar-pelajar merupakan insan yang mempunyai keupayaan untuk berkembang selaras dengan kehendak agama, bangsa dan negara. Pendidik pula diamanahkan untuk membimbing dan memajukan pelajar bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

.


VISI


Mewujudkan sebuah sekolah cemerlang dalam pengurusan, sahsiah, kurikulum dan kokurikulum.

.


MISI

  • 100% lulus dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, 100% mendapat Sijil Pelajaran Malaysia, dan 100% lulus dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah.
  • Johan dalam semua acara sukan dan permainan di peringkat daerah.
  • Membentuk pasukan beruniform bertaraf kebangsaan.
  • Melahirkan pelajar beriman, berakhlak mulia, berdaya saing, dan cinta akan negara.
  • Membentuk iklim sekolah yang kondusif, sihat dan selamat.

    .

LAGU SEKOLAH

























* Lagu ini diusahakan mulai tahun 2003, dan mula dinyanyikan pada bulan Januari 2004. Gubahan muzik dibuat oleh Encik Muhammad bin Tahir, berdasarkan lirik yang ditulis oleh Suhaimi Mohd Salleh.



.

06 Ogos 2009

PELITA = MAJALAH SEKOLAH

SATU bentuk pendokumentasian sekolah ini ialah penerbitan majalah sekolah. Kemungkinan majalah sekolah itu mula diterbitkan semenjak zaman awal kewujudan Dungun English Secondary School (DESS) lagi, ataupun mungkin juga lebih awal, semenjak Dungun English School (DES) peringkat menengah.

Namun demikian, tiada salinan majalah awal ditemukan. Usaha untuk mendapatkan salinan majalah itu daripada beberapa orang bekas pelajar dan guru yang pernah mengajar di sekolah ini gagal, kerana didapati majalah tersebut telah rosak, hilang, atau tiada dalam simpanan.

Majalah sekolah yang dapat dikesan dinamai PELITA. Penggunaan nama itu mungkin berkaitan dengan imej pelita yang digunakan pada lencana sekolah, yang membawa makna sinaran.

Terbitan paling awal yang dapat dikesan ialah terbitan tahun 1983, tetapi tidak diketahui bilangan edisinya. Ketua editornya ialah Johari Mohamed. Edisi lain ditemukan ialah terbitan tahun 1990, yang dicatatkan sebagai edisi ke-16. Hal ini bermakna bahawa selain terbitan 1983, terdapat 14 edisi lain yang diterbitkan antara 1959 hingga 1982, dan 1984 hingga 1989.

Selepas 1990, ditemukan banyak naskhah terbitan tahun 1992 yang dicatatkan sebagai edisi ke-17. Hal ini dapat menggambarkan bahawa majalah Pelita diterbitkan secara dwitahunan atau dua tahun sekali.

Terbitan berikutnya dilakukan lima tahun kemudian, iaitu pada tahun 1999, merupakan edisi ke-18. Edisi ini diterbitkan sempena dengan persaraan Tuan Haji Abdullah bin Ali, pengetua ke-17. Edisi ke-19 diterbitkan tiga tahun selepas itu, iaitu pada tahun 2002. Selepas itu barulah penerbitannya kekal secara dwitahunan, bermula dengan edisi ke-20 (2004), edisi ke-21 (2006), dan edisi ke-22 (2008).

Kesemua terbitan tersebut memuatkan bahan tentang peristiwa sekolah, guru, laporan unit kokurikulum, karya pelajar, dan gambar tingkatan, selain iklan.

Pada tahun 2009, diterbitkan Pelita Edisi Khas sempena sambutan 50 tahun sekolah. Penerbitan ini berbeza daripada yang lain kerana hanya memuatkan gambar peristiwa sekolah mengikut dekad. Terbitan ini juga dalam warna sepenuhnya, kecuali bagi gambar yang asalnya hitam-putih.


1983
(Gambar kulit tidak ada. Yang diperoleh hanyalah naskhah fotostat daripada seorang bekas guru sekolah ini).
.
Ketua editor: Johari bin Mohamed










.



1990 (Bil. 16)
.
Ketua Editor: Mohd Ropee bin Ismail










.



1992 (Bil. 17)
.
Ketua Editor: Mohd Saifuddin bin Bakar













.



1999 (Bil. 18)
.
Ketua Editor: Amaniah binti Yob











.



2002 (Bil. 19)
.
Ketua Editor: Azizi bin Mohamad













.




2004 (Edisi 20)
.
Ketua Editor: Norhafizah binti Mohammad













.



2006 (Edisi 21)
.
Ketua Editor: Najmi Faiz bin Abd. Latiff












.



2008 (Edisi 22)
.
Ketua Editor: Che Syahidatulaida binti Che Ahmad Taziri












.





2009
(Edisi Khas)







Pelita Edisi Khas memuatkan gambar yang ihsan daripada beberapa orang bekas pelajar dan guru sekolah ini, selain gambar Unit Dokumentasi dan Majalah Sekolah, iaitu:
  • Encik Abd Rahim bin Mohamad
  • Tuan Haji Abdul Manaf bin Abdullah
  • Puan Aishah binti Rashid
  • "Hamba Allah"
  • Tuan Haji Hashim bin Mat Ali
  • Encik Kamarudin bin Mansor
  • Encik Khuzainol bin Che Abdullah
  • Puan Lim Chin Ha
  • Puan Ruhana binti Yusuff
  • Puan Sabariah Nor binti Salleh
  • Tuan Haji Sau Hamid bin SaGarlar
  • Puan Tan Lee Kim
  • Puan Wan Hindun binti Wan Long
  • Ybhg. Prof. Dr. Zanariah binti Abdullah
  • Puan Zunida binti Mohamad

Didapati bahawa kesemua majalah sekolah di atas dicetak oleh Penerbitan Seri Kota, Kuala Lumpur, kecuali edisi ke-22 (2008) diurus cetak oleh Wahidan Enterprise, Kota Bharu, dan edisi khas (2009) diurus cetak oleh Watan Niaga, Dungun.



.

04 Ogos 2009

PROFIL SEKOLAH

NAMA SEKOLAH:
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN OMAR

ALAMAT:
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

LOKASI:
Bersebelahan tapak Pasar Malam Sura Gate, Dungun.

GRED & KATEGORI:
A - Bandar

NAMA PENGETUA:
-

NAMA PENOLONG KANAN:

  • Penolong Kanan Pentadbiran: Puan Hajah Radziah binti Ismail
  • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: Encik Wan Su bin Wan Jaafar
  • Penolong Kanan Kokurikulum: Encik Awang bin Abdullah, PJK

JUMLAH PELAJAR: 1393 orang
(Perangkaan sehingga Ogos 2009)

  • Lelaki: 692 orang
  • Perempuan: 701 orang
  • Melayu: 1,116 orang (lelaki = 553 orang, perempuan = 563 orang )
  • Cina: 271 orang (lelaki = 136 orang, perempuan = 135 orang)
  • India: 5 orang (lelaki = 3, perempuan = 2)
  • Lain: 2 orang (Siam: perempuan)

JUMLAH GURU: 115 orang
(Perangkaan sehingga Ogos 2009)
  • Lelaki: 32 orang
  • Perempuan: 83 orang
  • Melayu: 110 orang (Lelaki = 30 orang, perempuan = 80 orang)
  • Cina: 5 orang (Lelaki = 2 orang , perempuan = 3 orang)

KAKITANGAN SOKONGAN:




JUMLAH BILIK DARJAH: 51 buah

  • Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran: 3 buah
  • Tingkatan 1: 8 buah
  • Tingkatan 2: 9 buah
  • Tingkatan 3: 8 buah
  • Tingkatan 4: 9 buah
  • Tingkatan 5: 8 buah
  • Tingkatan 6 Bawah: 3 buah
  • Tingkatan 6 Atas: 3 buah


KEMUDAHAN DI SEKOLAH INI:



1. Ruang Teknologi Maklumat:

  • Makmal ICT
  • Pusat Akses Maklumat
  • Bilik Komputer


2. Bilik Pusat Sumber Sekolah

  • Perpustakaan
  • Alat Pandang Dengar
  • Bahan Bantu Mengajar
  • SAL

3. Ruang Berhimpun

  • Dewan Warisan
  • Bilik Mesyuarat
  • Auditorium
  • Medan Perhimpunan




.

Dewan Warisan














4. Premis Jualan:
  • Kantin
  • Koperasi SMKSO Berhad
  • Kios






Kantin










5. Prasarana Sukan:

  • Gelanggang badminton
  • Gelanggang bola tampar
  • Trek/balapan olahraga (dalam pembinaan)
  • Gimnasium Sains Sukan (bakal diperoleh)

6. Kelas Khas:

  • Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP)
  • Kelas Premier (Tingkatan 1 - 4)
  • Mata Pelajaran Vokasional (MPV): Menservis Automobil







Blok MPV: Menservis Automobil






.



KUMPULAN PERSEMBAHAN

  • Kumpulan Koir
  • Kumpulan Nasyid
  • Kumpulan Zapin
  • Pasukan Pancaragam
  • Kelab Teater
  • Kelab Pidato



.

03 Ogos 2009

KETUA PELAJAR

RUANGAN ini berusaha untuk menjejak dan menyenaraikan pelajar SMKSO (semenjak DES menengah dan DESS) yang dilantik menjadi Ketua Pelajar di sekolah ini.





ZAINAL ABIDIN BIN ABDULLAH
(1983)







MOHD FADZLI BIN ARIFFIN
(1990)







MOHD SAIFUDDIN BIN BAKAR
(1992)







WAN RAFI NAHAR
(1999)







AIDIL
(2001)






ZULHISSAM BIN MANSOR
(2002)






HAZIMI BIN MOHAMAD
(2003)






MOHD FADZIL BIN ABDULLAH
(2004)






MOHD AMIRUL BIN OTHMAN
(2006)








MOHAMAD HAFIZUDIN BIN IZHAM
(2007)






NAJMI FAIZ BIN ABD LATIFF
(2008)






MOHD AMERUDDIN BIN ABDULLAH
(2009)







.

02 Ogos 2009

YANG DIPERTUA PIBG

RUANG ini menyenaraikan individu yang dipilih sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di SMKSO.
PIBG sekolah ini ditubuhkan pada 14 Julai 1975.
1.
TUAN HAJI ABD. LATIF AZMI BIN NGAH
(1975-1978)
2.
OCPD ENCIK ARIFFIN BIN MOHAMAD
(1979-1986)
3.
TUAN HAJI OMAR SUKRI BIN EMBONG
(1987-1990)



4.
TUAN HAJI ABD. LATIF AZMI BIN NGAH
(1991-1999)







5.
ENCIK WAN MAZUKI BIN WAN ISMAIL
(2000-2005)






6.
ENCIK MOKHTAR BIN OMAR
(2006 - kini)

01 Ogos 2009

GURU KANAN MATA PELAJARAN




RUANG ini menyenaraikan guru yang pernah memegang jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran atau Ketua Bidang di SMKSO mengikut bidang masing-masing, iaitu Bidang Bahasa, Bidang Kemanusiaan, Bidang Sains, dan Bidang Vokasional dan Teknik.



A. BIDANG BAHASA



TUAN HAJI MOHD AMIN BIN HARUN








PUAN CHE ZALIHA BINTI IBRAHIM








TUAN HAJI MD RAHIM BIN YAHAYA









B. BIDANG KEMANUSIAAN



TUAN HAJI WAN OSMAN BIN WAN IBRAHIM


.




PUAN HAJAH FAUDZIAH BINTI ABD LATIFF







PUAN MAIZATUL AKMALIAH BINTI YUSOFF







C. BIDANG SAINS







PUAN HAJAH ZALEHA BINTI CHE ABDULLAH







PUAN AINI BINTI KAMARUDDIN








D. BIDANG VOKASIONAL & TEKNIK





PUAN MAZIAH BINTI MUDA








TUAN HAJI ALIAS BIN HARUN






PUAN HAJAH HASNAH BINTI ISMAIL







ENCIK AHMAD LOTFI BIN MOHD DAUD








.